Thursday, July 29, 2010

Majlis Hi-Tea Bersama Puspanita MOA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Semalam, 29 Julai 2010 selamat berlangsung majlis Hi-Tea bersama Puspanita MOA...Kami bertolak pada pukul 1.00 petang dari pejabat...Kami konvoi ke hotel...Solat Zuhur di sana...Majlis Jalinan Kasih ini berlangsung pada pukul 2.30 petang di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur...Majlis ini telah dihadiri oleh pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani...Dalam aturcara majlis ini, setiap jabatan dikehendaki membuat persembahan...

Setiap yang menghadiri majlis ini dikehendaki membuat pendaftaran dahulu sebelum masuk ke 'ballroom'...Isi nama kerana terdapat cabutan bertuah dalam majlis ini...Sebaik masuk aku mengambil tempat untuk duduk di meja bersama rakan-rakan di Lembaga Pertubuhan Peladang... Permulaan masuk majlis ini telah berlangsung dengan menarik kerana diiringi oleh tarian apabila para Datin-Datin tiba...Tarian melalui lagu 'Ia datang, dengan lenggang lenggoknya' telah berjaya membuat hadirin merasa kehangatan majlis ini kerana tarian ini ditari oleh penari profesional...Selepas itu, sedikit ucapan daripada pengerusi dan penyampaian sijil dilakukan untuk para AJK Puspanita dari tahun 2008-2010...Persembahan pertama telah dipersembahkan oleh Jabatan Pertanian dengan lagu dikir barat 'Anak Tupai'...Hadirin juga dibenarkan untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pihak hotel...Antara makan yang disediakan ialah roti jala dengan kari ayam, ayam goreng, bebola, roti, rojak sayur dengan kuah kacang, mee soto, 'dessert' dan 'koktail'....Persembahan oleh Tekun mendapat perhatian kerana Datin dari Tekun menyanyikan sendiri lagu 'Sway oleh Marchel Buble' diikuti tarian yg mengasyikkan bersama-sama beberapa penari...Pakaian pun sangat menarik amat sesuai dengan lagu...Suara Datin yg merdu membuatkan para hadirin menginginkan lagi...So, Datin pun menyanyikan sebuah lagu yg ditujukan khas buat semua para hadirin...Tarian 'Chicky Dance' pun sangat menarik...Segenap dewan gamat juga kerana para hadirin dibenarkan untuk mengikuti tarian tersebut...Persembahan oleh Jabatan Veterinar sangat unik....lain daripada yang lain...seolah-olah kita berada di Kundasang, iaitu sebuah daerah Ranau di Sabah...Pakaiannya sangat pun unik...seperti pokok di hutan yg tumbuh subur meliar....Jika ada pertandingan, persembahan yg paling menarik mesti dimenangi oleh Jabatan Veterinar itu....Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mempersembahkan tarian Pop Yeh Yeh melalui lagu Mas Mona nyanyian Jeffry Din....Jabatan FAMA pula lagu Duet lagu 'Nazam Berkasih'....Pendek kata, setiap jabatan telah berjaya membuat persembahan yang menarik...

Sebelum pulang, kami berjaya pulang sedikit buah rambutan yang banyak disediakan....Pasti Jabatan FAMA yang menyediakan buah-buahan ini...Duduk Di Jabatan FAMA pasti tidak habis makan buah-buahan...Terima kasih kerana Jabatan FAMA yang selalu 'sponsor' buah-buahan tersebut....Majlis tamat pada pukul 5.00 petang.
Sekian...

PERTANDINGAN BOWLING PUSPANITA LKIM 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....



Hari ini 30 Julai 2010, jam 12.30tghr akan berlangsung pertandingan bowling di Ampang Bowl, Flamingo, Ampang yg penyertaannya terbuka kpd semua Ahli Puspanita LKIM. Permainan ini adalah secara berkumpulan (1 kump. 3org.)

Aku tidak dapat menghadiri pertandingan ini ada perkara yang tidak dapat dielakkan...Terasa terkilan gak tidak dapat menghadiri bagi memeriahkan majlis pertandingan ini...Sekian...

Wednesday, July 28, 2010

Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti



Assalamualaikum dan salam Sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Tanggal 28 Julai 2010...Hari ini bermula suatu keajaiban....Adik aku berjaya melahirkan baby girl...Malam semalam berdebar juga jantungku? Dag Dig Dug...Ingin sangat ade org yg dapat berkongsi rasa gentaran ini...hihi...bunyi macam jatuh cinta je kan?...huhu...Org lain sakit aku lak yg berdebar...huk3...Ye la adikku kiranya darah daging aku la tuh...Darah daging sakit...Sedikit sakit pasti jua terasa...Inikan pula melahirkan seorang manusia...Ibarat nyawa di hujung tanduk tuh!...Aku pun gerun...huhu...Kenapa berdebar yer? Aku takut kehilangan adikku...baby dia...Sesungguhnya memang aku takut kehilangan org yg aku sayang...So, aku doakan untuk mereka supaya selamat semuanya...Tepat jam 4.30pg, maka lahirlah seorang bayi perempuan... Jadi mak long aku...huhu.....Hujung minggu ini, insyaAllah aku akan pulang ke kampung untuk melihat bayi tersebut...Dapat makan durian kat kampung tercinta pasti best...hihi..Ops...pasal durian la puloks...Apapun dengan adenyer baby ini...pasti lebaran kali ini lebih bermakna selepas kami kehilangan adik bongsu tersayang, Nur Alyaa' Auny yang telah kembali ke rahmatullah setahun lepas...Semoga Allah SWT merahmati rohnya...Kehadiran cahaya mata umpama muncul cahaya baru dalam kehidupan...Yang hilang sudah tumbuh berganti walaupun tak sama dengan yg hilang...tapi aku redha...Segalanya ada hikmahNya yg tersembunyi...Aku syukuri...Sekian...

Corat-coret di Fiesta Durian


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Fiesta Durian di Muzium Telekom hanya tinggal esok shj sehari lg utk melabuhkan tirainya....Fiesta ini berlangsung pada jam 10pg 27 Julai 2010 hingga jam 8mlm 29 Julai 2010...Acara mkn durian sehingga mampu dengan bayaran hanya RM15 adalah antara yg plg menarik di'offer' dalam fiesta ini..Bukan shj durian, buah-buahan tempatan lain, kerepek-kerepek dan makanan seperti rendang, lemang turut dijual di sini....

Selepas balik kerja, aku sempat membeli buah manggis bersama sue kerana teringin...lgpun buah ini adalah buah idaman aku gak nih...hehe...macam jejaka idaman la pula...'hitam2 si tampuk manggis'...hehe...yg hitam selalu nampak manis dan macho gitu...xgitu? hehe...Terpulang la, bergantung pada persepsi masing-masing sebenarnya...Aik, nk bercerita pasal buah ker apa nih? hehe...Sje jer alih ckit topik...hehe...

K, la berbalik cerita kat gerai buah-buahan...Apa yg best smua org sane ramah-tamah termasuk penjual dan pihak pengurusan muzium telekom itu sendiri...Penjual itu memberi lebih manggis...bukan itu shj...dpt langsat free lg...sungguh baik hati dan peramah...siap cerita pasal anak dia lagi...huhu....lupa lak nk tnye anak dia laki ker perempuan? hihihi...

Sekian dahulu cerita di tapak jualan di Fiesta Durian...hehe...Sambung lain kali yer...Sampai berjumpe lagi...Bai..bai....

Beribadah di Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi aku kesempatan bernafas di bumi yang bertuah ini...Tiga hari lepas umat Islam telah berjaya menyambut kedatangan hari Nisfu Syaaban...Ini menandakan hanya tinggal 15 hari lagi untuk umat Islam menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah iaitu bulan Ramadhan...Aku telah berjaya mengajak sahabat-sahabatku yang serumah dan setempat kerja iaitu Piza, Sue dan Fiza ke surau di sebelah apartment penginapan kami untuk bersama-sama menambah pahala, mendapat keberkatan dan rahmat dari illahi pada malam tersebut...Selesai Maghrib, kami berangkat ke surau...Kami baca Surah Yassin mengikut imam dengan tertibnya....Kami baca sebanyak 3x...Bacaan pertama ku baca supaya dikurniakan umur yang baik, yg ke-2 supaya dimurahkan rezeki yang halal dan ke-3....hehe...biarlah rahsia...Semoga bacaan tersebut diangkat ke langit dan diterimaNYa segala amalan-amalan tersebut...

Selesai solat Isyak berjemaah...kami hendak pulang ke apartmen masing-masing...Jemaah lelaki sempat mengajak kami supaya singgah untuk makan makanan yang disediakan...Malu-mula semuanya malu-malu namun kesungguhan jemaah lelaki yg mengajak terpaksa kami akur...lagipun, makanan yg disediakan santan durian dengan pulut dan roti...huhu...sedap betul santan durian tu....pekat je...siap ade yg menambah 2x di kalangan kami...hehe...Kami sampai umah lam kul 9mlm...dekat je umah ngn apartmen kami tuh...terasa sgt lapang dada...Kul 12mlm, tiba masa ku untuk tidur...aku niatkan untuk bgn sebelah malamnya...handphone aku tertinggal pula kat ofis...cmne nk time jam nih...huhu...walaubagaimapun tanpa handphone, aku berjaya bangun lantas aku ambik air sembahyang, hamparkan sejadah untuk bertahajud dan melaksanakan ibadah sunat yg lain...Malam itu sungguh tenang kurasakan...Bangun sebelah pagi cergas dan cerdas shj...Sgt berbeza dari malam sebelumnya...Semalam walaupun aku tidur awal tapi aku tidak secergas ini...Aku datang awal ke ofis pada hari itu, sempat aku baca Surah Yassin lagi...Smg Allah SWT permudahkan segala urusan dan menyempurnakan hajat-hajatku...Alhamdulillah...

Jeffrydin - Mas Nona

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaaban


Malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat dan kita digalakkan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.
Pada malam itu adalah lembaran baru bagi catatan amalnya untuk setahun ke depan di mana pada siang sebelumnya adalah lembaran penutup bagi catatan amalnya setahun ke belakang.
Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina.
Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan
permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita. Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang menghidupkan kita dan kemudian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya kerana ketika dia tidak ada lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat. Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka.
Dengan cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya; melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.
Cinta kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia
mesti dibuktikan dengan perbuatan.
Apatah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia
membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia
akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan ini juga sebagai persiapan awal kedatangantamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan. Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam bermasyarakat.
Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan
dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.
Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa, pada satu sisi ada jiwa yang
dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi yang lain pula ada jiwa
yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.
Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia
dengan cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan
cinta Allah. Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua disebut adalah orang tidak beriman.
Allah berfirman maksudnya: “(Walaupun demikian), ada juga di antara
manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), dan mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 165)
Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali ‘Imran ada disebut maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Mengapa kita mesti mengikuti Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani sunnahnya.
Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban dengan
menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata’ala pada pandangan
sesetengah pihak umat Islam. Wallahu a’lam.

Thursday, July 22, 2010

Inteam- Rabiatul Adawiyah



"Rabiatul Adawiyah"...Stap Fauzi selalu memanggil diriku dengan panggilan ini...Urmm...Masihku kuingat kenangan di Markas Palapes itu iaitu merupakan sebuah tempat yang mengajarku erti kepimpinanan, kematangan, kesabaran dan kasih sayang...Rindu pula pada teman-teman seperjuanganku, stap2 semua...Terima kasih banyak-banyak...Dengan kamulah banyak kenangan pahit manis tercipta...Bisakah di tempat lain ada kenangan seperti itu lagi? Bisakah???

Selepas habis belajar di UiTM, di kala duka...lagu "Rabiatul Adawiyah" ini selalu menjadi teman setiaku..."Rabiatul Adawiyah"...huhu...Siapalah diriku jika dibandingkan denganmu...Ahli sufi terkenal...yang menumpahkan cintanya hanya pada Ya Rabb...Ya Khaliq...Tuhan yg menciptakan makhluk seisinya...Siapalah aku? Untuk menjadi sepertimu sungguh aku tidak mampu...Oh, terasa kerdilnya diri ini!

Aku insan biasa yang ingin mencontohi akhlakmu Rabiatul Adawiyah...Ku berdoa semoga istiqamahku dalam setiap amalanku diterimaNya seperti Dia menerima setiap amalanmu...

Bisakah kite akan bertemu di suatu masa nanti? Ku rindu untuk memelukmu tapi bisakah aku berada didakapanmu...kerana aku sedar siapalah aku...Apapun, ingin ku khabarkan padamu sememangnya mencintai Allah SWT itulah yang sangat terindah...sungguh indah walau jalannya penuh berliku dan beronak duri...

"Ya Allah, Cintailah aku...Ku sangat memerlukan cintaMu...Ya Rabbul Izzati, dengarlah permintaan hambamu yang sedikit cintanya ini" Amin...Ya Rabbal Al-Amin...

Sekian...

Wednesday, July 14, 2010

LARIAN 10KM FIESTA MUZIUM TELEKOM



Kategori Larian:
A: Terbuka Lelaki (18-39)
B: Tebuka Wanita (18-39)
C: Veteren Lelaki (40 ke atas)
D: Veteren Wanita (40 ke atas)
E: Lelaki Junior (13-17)
F: Wanita Junior (13-17)
G: Pelajar Lelaki (10-12)
H: Pelajar Lelaki (10-12)


Tarikh Larian : 17 Julai 2010

Yuran Penyertaan :
RM10 bg kategori (A,B,C,D,E,F)
RM5 bg kategori (G,H)


Tarikh Tutup Penyertaan : 16 Julai 2010 jam 5.00 ptg


Borang boleh didapati :
Utk Warga kerja LKIM : Maizatulakmar, Bhgn Kew. & Akaun,HQ (0326177000 ext 7107) @ Galeri Muzium Telekom, Aras 1, No.2, Jln Raja Chulan,50200 K.L (03-20319966)

Makluman :
1. Penyertaan dibuka untuk warganegara Malaysia shj.
2. 3 Pemenang pertama bg setiap kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai, medal & sijil. Pingat larian akan diberikan kepada 50 peserta pertama dari setiap kategori yang sampai ke garisan penamat shj. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
3. Peserta diwajibkan membawa resit rasmi pendaftaran untuk pengambilan nombor larian & baju T-Shirt Larian di Pejabat Sekretariat,Muzium Telekom pada 15 & 16 Julai 2010.

Sekian, untuk makluman.

Monday, July 12, 2010

Doa kesukaanku





"Robbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqier"

Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. Amin. "

Doa yang ringkas dan padat... Sesungguhnya Dialah yang memahami isi hatiku...segala keperluanku...

"Nabi Muhammad SWT suka doa-doa yang singkat tetapi meliputi semua maksud." -Saidatina Aisyah-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails