Sunday, August 29, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar TRG



Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan, aku telah menghadiri majlis berbuka puasa dengan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Saad...Majlis telah diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC...Majlis ini sungguh gemilang....Seluruh dewan memakai pakaian yang indah-indah...Juadah berbuka ala buffet telah disediakan kepada para tetamu...Antaranya ialah keropok lekor terengganu, nasi berlaukkan rendang daging, ikan masak asam, udang goreng kari dan ulam-ulaman....

Aku duduk di meja bernombor 121...Antara yang semeja denganku ialah dua org adik yang dari UPM iaitu Wanie dan Farhanah, Abg Surim dan kawannya. Dalam makan-makan...sempat gak snap photo...hihi...

Selepas makan-makan dan solat maghrib aku pun makan aiskrim...nyum2...best betul aiskrim ni sebab ade kacang...rangup dan sejuk...huhu....

Setelah, siap makan aiskrim aku ajak adik-adik bergambar kat stage kat depan tuh...Dalam tgh syok nk snap pic tetiba sorg akak yg cantik datang bertanya, "Siapa yg berumur 21 thn ke atas yg dapat duit RM200?". Saya mengiyakan dan akak tu pun ajak sy kat suatu place dan suruh seorang kameraman ON kan his camera...duiii...kene interview & masuk tv la aku...da la aku just pakai bedak dan tudung yang aku pakai selepas sembahyang tak tengok cermin pun...camne la keadaan rupa aku yer?...huhu...So far...alhamdulillah la aku dapat jawab cepat,tepat dan padat pertanyaan akak tu...Bunyi cite2 drpd kawan2 aku gambo itu telah masuk tv pada buletin 1.30 keesokan harinya..Selepas itu, sesi fotografi dengan adik-adik ini diteruskan lagi...

Selesai majlis, kami pun pergi The Mall...aku bawa adik-adik ni jalan2 kat Parkson, The Cold Storage, The Voir...Siap kami dapat diurut oleh mesin pengurut lagi...urm...bestnyer...

Jam menunjukkan 10 malam lebih, aku pun pulang...adik-adik dari UPM menanti bas yg disediakan khas untuk mereka untuk menghadiri majlis ini.

Sampai umah, terus aku tgk ole-ole yang dapat kat majlis berbuka. Aku dapat 2 mug...cantik...ade gambor YAB Menteri Besar dan ada tulis tema majlis berbuka, buletin Kerajaan Negeri Terengganu, buku kemajuan Negeri Terengganu dan kad jemputan utk menghadiri majlis hari raya...Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu.

Sekian....

Friday, August 27, 2010


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Salam Jumaat... Semoga hari ini menjadi hari jumaat yang penuh berkat...Alhamdulillah hari ini aku dapat melaksanakan solat sunat tasbih bersama-sama muslimah-muslimah LKIM...Solat sunat ini diadakan di Surau Tingkat 7, Menara Olympia tepat pada pukul 9.00 pagi, 27 September 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H...Solat ini diimamkan oleh Ustazah Suraya...Solat sunat ini dilakukan sebanyak 4 rakaat...

Semoga Allah SWT menerima ibadahku ini...Ibadah ini dikendalikan atas kerjasama Puspanita LKIM.

Selepas itu selesai ibadah tadi, aku terus pergi ke tingkat 12A....di Auditorum ini ada ceramah bulanan yang bertajuk KPI dalam Pengurusan....

Dalam ceramah ini, antara part yang dibincangkan apa yang membuat aku tertarik ialah
"Seseorang yang lebih taat, lebih cinta Allah SWT maka dialah lebih besar cinta daripada seseorang yang lain."

"YA ALLAH...Kurniakan aku cintaMU...Cinta orang yang mencintai diriMU..Kurniakan aku orang yang boleh menjadi imam kepada keluargaku...Orang yang boleh membimbing keluarga kami ke arah mendapat redhaMU...AMIN.."

Sekian...

Thursday, August 26, 2010

Oh! Popiah Miniku...



Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Setiap hujung minggu antara aktiviti aku di bulan puasa adalah menyiapkan popiah mini...Pada permulaanya, memang excited nak buat...tup tap dua hari seminggu permulaan puasa aku buat dapat la sebekas...Tapi sejak dua menjak ni agak slow da...Minggu lepas dapat buat sedikit jer...

Time selepas kerja tak sempat aku nak menggulung popiah mini ni sebabnya aku selalu balik lambat dari ofis...Balik-balik nak menyiapkan juadah berbuka lagi...I'm enjoy cooking...Aku tak suka beli makanan yang siap dimasak di kedai kecuali makan kat sane ...Bagiku memasak lebih fresh, lebih hangat dan lebih sedap...Lebih jimat wang dan tak perlu membuang masa untuk beratur dan menunggu untuk membeli makanan...

Selepas berbuka, sibuk buat persiapan untuk beribadah pula...Bulan Ramadhan bulan mulia...Antara kelebihannya, ialah solat terawih hanya dapat dilakukan pada bulan yang suci ini...So, aku tak nak lepas peluang yang baik ini kerana tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT sungguh lumayan kepada sesiapa yang beribadah kepadaNya...Semoga aku tergolong orang-orang yang mendapat limpahan rahmat Allah SWT dan diberikan ganjaran pahala...

Setelah meninggalkan lama tak bergulung mini popiah, dua hari lepas selepas mengerjakan solat sunat terawih aku cuba untuk menggulung popiah miniku lagi... Tapi kulit popiah tu cam keras pula...Nape yerk? Merajuk da kot?... Hurm! Moga lame tak cara...Kecian...Aku pula bukan jenis yang pandai pujuk...So, aku pun merajuk sama...Malas nak cara dan malas nak layan...Aku letak lam freezer...Kat tempat beku lagi...Biar ia membeku...Bila aku mood aku okey nanti, bila tahap kerajinan aku meningkat, aku akan menggulung lagi...

Membuat popiah mini ni memerlukan kesabaran yang tinggi...nak menggulung dan melipat popiah mini ni memerlukan kasih sayang dan kelembutan...Kalau tak...hurm...jawabnya...hancur la popiah mini ni...

Harapanku semoga aku masih rajin membuat popiah mini ini dengan penuh keazaman seperti tahun lepas...

Sekian....

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya untuk Petugas Awam dan Pesara

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih....

Awal-awal pagi lagi hari ini kawan aku ada bertanyakan tentang bonus raya...hehe...Almaklumlah bertugas di Bahagian Kewangan & Akaun...Oleh kerana tak tahu berita...saya cakap la kita tunggu la pembentangan budget bulan 9 ni...tapi hati saya terdetik gak...xmunasabah kerajaan xbg duit raya? huhu...

Petang tadi apabila dapat info dari seorg kawan dan lihat berita baru tahu...

Berita Ringkas :
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan....Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

Syukur Alhamdulillah...

Maklumat lebih lanjut, klik link di bawah:

Berita Harian Online | Bantuan khas RM500 dibayar Rabu depan

myMetro | Najib umum duit raya untuk petugas awam dan pesara

Monday, August 23, 2010

Kejadian Letupan Mercun di Kampungku

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih....

Pada hari Ahad 22/08/2010, jam 12.00 tengahari berlaku suatu peristiwa yang mengegarkan kampung halamanku iaitu Kg Seberang Baruh, Chabang 3 dan seluruh alam sejagat...Suatu peristiwa yang sungguh tragis, dahsyat dan sangat menyayat hati ini melibatkan seorang kanak-kanak (Khairul Ariff Ayub, 6 tahun) telah meninggal dunia atas kejadian letupan mercun dan mayatnya tercampak ke atas pokok dengan otak yang jatuh terburai...Ya Allah, gerunnyer mendengarnya apatah lagi orang yang melihat... Yang meninggal ini lagi la...Aduh!!! Innalillahi-wa-innaillahi-raji-un....Awal tahun lepas sempat melihat arwah semasa piliharaya semasa menaiki kereta ayahnya yang turut sama-sama bertugas dalam pilihanraya itu...Terasa baru lagi bersua..Walaubagaimanapun, semoga rohnya tenang di sisiNya...Dua lagi cedera parah telah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kejadian ini berlaku di kawasan agak tidak jauh dari kediamanku di kampung...Letupan yang berlaku mengegarkan bumi menyebabkan kediamanku dan kawasan sekitarnya terasa gegarannya...Letupan ini telah meranapkan sebahagian rumah usang yang dijadikan stor simpanan bahan-bahan bunga api dan mercun , sebuah motor rosak akibat tempias bahan letupan tersebut, tingkap beberapa rumah berdekatan pecah dan beberapa ikan darat turut terpelanting atas jalan akibat ledakan bahan letupan itu.

Ketika kejadian ini berlaku aku berada di Kuala Lumpur. Kebetulan pula aku kurang sihat dan telefonku rosak...Aku dapat tahu peristiwa daripada seorang rakan sepejabat dan daripada teman-teman 'facebook'...Berdebar dada dan jantungku bila mendapat tahu peristiwa ini...Hatiku sungguh bimbang kerana takut ada di antara ahli keluargaku yang terlibat sama...Buat kerja pun sudah tidak tenang...Rakan sepejabat tolong ketuk-ketuk telefon bimbitku dan Alhamdulillah masih berfungsi lagi...Setelah cas beberapa minit aku terus bertanyakan khabar famili di kampung...

Melalui percakapan telefon daripada emak dan adikku, mereka ini ingin membuat mercun sendiri untuk digunakan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri...Wa-Allah-hualam...Sesungguhnya sudah termaktub kejadian ini berlaku dan bila diseruNya dengan kalimah "Kun Fa Ya Kun" maka terjadi sebuah kejadian yang menjadi ingatan dan iktibar buat semua terutamanya untuk ahli keluargaku.

Segalanya mempunyai hikmah tersembunyi...Kepada keluarga arwah salam takziah dan semoga tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba ini...Semoga kita dan ahli keluarga kita lebih berhati-hati terhadap kehidupan kita seharian...

Tidaklah seseorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapus dosa-dosanya."
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput darimu, dan tidak pula terlalu gembira dengan nikmat yang diberikanNya kepadamu" (Al-Hadid : 23)

Sekian...

Maklumat lebih lanjut, klik link dibawah:

myMetro | Lihat mayat atas pokok

myMetro | Dentuman hingga 4km

myMetro | Bapa ditahan

Sunday, August 22, 2010

2010 Olympic Day Run



Closing Date : 18/09/2010

T-Shirt and numbers will be distributed as follows:
Date : 23-25/09/2010
Time : 10a.m-6p.m
...Venue : Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, K.L
Telephone : 03-27152843

Entry forms :
- www.mcdonalds.com.my
http://www.mcdonalds.com.my/highlights/odr.asp

Entry fee :
Kategori A-J : RM 10.00

Wednesday, August 18, 2010

Belajar Menjahit


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pada hari Jumaat 13/08/2010 yang lepas, aku telah menghadiri kelas jahitan...Kelas jahitan ini adalah anjuran Puspanita LKIM...Dalam dok promote suruh org masuk kelas jahitan ni, pe salahnyer aku turut serta....Lagipun boleh tambah ilmu di dada...hehe...So, aku decide join this class...

Selama ni mane pernah belajar menjahit...Dulu masa sekolah menengah di tingkatan 1-3, aku ambik aliran sains pertanian dan tingkatan 4-5, sains tulen...Memang langsung tak berpeluang untuk belajar menjahit...Mak lak memang tak pandai menjahit tetapi baju aku kalau ade ckit-ckit yg tertetas benang, mak la yang tolong jahitkan...Itupun bukan aku suruh tau, sebab bile ada baju yang begini...aku tak pakai da walaupun baju tu masih elok...Mak lak jenis tak suka aku bagai baju yang ulang-ulang, asyik pakai baju yang same jah...so, dia tolong la jahitkan...tme kasih byk2 mak...budimu aku kenang sampai mati...For ur infomation, selama ni mak la yg jadi perunding imej aku...Mak selalu suh aku beli baju, dia la yang bagi cadangan sesuatu baju tu nak design baju camne, tolong tempah kat jiran..
Bukan aku tak pandai bergaya tapi taste mak aku ni kekadang lebih sesuai, lebih cocok dengan aku...Maybe dia lebih tahu apa yang terbaik buat anaknya ini...

Berbalik pada kelas jahitan...Penyertaan sungguh memberangsangkan...Kelas ini diadakan pada pukul 12.30 ptg di Bilik Mesyuarat Kurau...Seronok bangat dapat cikgu yg sporting dan kawan2 pun really excited utk belajar menjahit ni...Pelajaran yang kami pelajari ialah belajar menjahit baju kurung...Kami dikehendaki membawa sendiri kain ela dan gunting...Peralatan jahitan lain dibekalkan dengan bayaran RM15 termasuk upah cikgu yang mengajar...Pelajaran pertama adalah dengan dengan mengukur ukuran badan dengan tali tape... Selepas itu, terus apply kat kain...tak perlu draft kat kertas dahulu...Kain ditanda mengikut ukuran badan dan digunting...Sungguh express cikgu ni mengajar...huhu..

Setakat ni kain ela aku da digunting untuk buat kain dan bajunyer...tangan, kekek, pesak dan leher belum lagi...Harap dapat selesai dalam minggu ni gak...Kain aku adalah bidang 60"...mane aku tau...huhu...budak baru belajar katakan...Aku dah gunting bahagian kain...Jadi agak sukar nak ambik bahagian lain sebab dah terlebih di bahagian kain...cikgu hanya ajar bidang 45"...cikgu kata kalau baru-baru nak belajar menjahit baju kurung ni...ambil bidang 45"...Walaubagaimanapun, aku still beruntung kerana cikgu tolong ajarkan semula aku di Bilik Mesyuarat Siakap...

Harapanku baju kurungku yang cantik ini siap sebelum Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang....hehe...

Sekian....

Kurma!!! Oh! Kurma!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Minggu lepas aku sibuk dengan aktiviti pengagihan kurma...Kurma-kurma ini adalah sumbangan ikhlas daripada Puspanita LKIM untuk ahli-ahlinya dan pengarah sahaja...Dari hari Jumaat minggu lepas yang dulu lagi sebenarnya aku, Kak Sal dan Kak Yati bertungkus-lumus untuk mengagihkan kurma...Daripada mengambil stok, mengheret troli, membuat tagging, mengira stok dan mengagihkan kurma-kurma ini, semuanya dilakukan dengan penuh ikhlas dan sabar...Hanya dapat kudoakan semoga usaha kecil ini diberkati oleh Yang Maha Tinggi...

Apapun tahun ni mmg agak byk dapat kurma...macam jenis ada...Kurma Maryam daripada BALKIS, Tunnisia daripada salah seorang Supplier, sumbangan daripada unit Budget, Bhgn. Kewangan & Akaun, LKIM & Kelab Kewangan & Akaun, LKIM. Terima kasih. Semoga Allah SWT memberkati.

Sekian...

Majlis Persaraan Ketua Pengarah LKIM

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pada 11 Ogos lalu, telah berlangsung sebuah majlis terakhir untuk Ketua Pengarah LKIM...Majlis berlangsung pada pukul 11.00 tengahari di Auditorium 12A, Menara Olympia... Ramai kakitangan LKIM yang hadir...Penuh satu dewan...Pengerusi majlis ialah YDP Kesatuan Sekerja LKIM...Ketibaan ketua pengarah ini diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan), Haji Mohd Kazin Bin Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi, Pn Hjh Azezah Bin Puteh...Bacaan doa sebagai pembuka majlis telah dibacakan oleh Hj Rosli bin Manan...

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan). Setelah itu, Ketua Pengarah LKIM menyampaikan amanah terakhir sekaligus mengumumkan Ketua Pengarah LKIM yag baru...Seperti yang dijangka Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan)telah menjadi penggantinya...Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas oleh ketua pengarah lama kepada ketua pengarah yang baru... Sebuah buku merah yang tebal telah diserahkan...Berkemungkinan mempunyai senarai tanggungjawab sebagai ketua pengarah...

Setelah itu, tetamu kehormat, pengarah, ketua seksyen dan hadirin dan hadirat dijemput makan....Makanan tengahari yang disediakan sungguh menyelerakan... Ikan cencaru bakar, daging masak lemak cili padi bersama ulam-ulaman sungguh membuka seleraku...En Johar Bin Waman berkaraoke menghiburkan hadirin dan sebelum itu Timbalan Ketua Pengarah Operasi telah menyampaikan sebuah lagu yang ditujukan khas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) atas perlantikan menjadi Ketua Pengarah LKIM yang baru dan untuk semua hadirin dan hadirat jua...

Majlis selesai pada pukul 2.00petang....Selamat Bersara kepada Dato' Mustapa Bin Haji Ahmad.

Sekian....

Friday, August 13, 2010

Majlis Persaraan Pengerusi & Ahli-Ahli Puspanita



Pada hari Jumaat 6 Ogos 2010 lalu, Majlis Persaraan Pengerusi Puspanita dan ahli-ahli puspanita yang telah dan akan bersara telah berlangsung dengan jayanya...Hadirin mengambil tempat bermula pada pukul 2.30ptg...Kak Yati, Kak Masrubia dan Kak Zuraidah telah menyambut kehadirann para hadirin. Ketibaan Datin dan Datuk telah tiba pada 3.15ptg diiringi dengan lagu Puspanita...

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Yang Dimuliakan Pengerusi Majlis. Ucapan yang begitu manisnya ini telah diucapkan oleh kak Aidawati...Bacaan doa pembuka majlis telah dimulakan oleh Haji Rosli b. Manen...Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Timbalan Ketua Pengarah(Operasi), Pn Azezah bt. Puteh...Ucapan yang ditunggu iaitu ucapan daripada Yang Berbahagia Datin Hjh Fatimah binti Othman pun bermula...

Setelah itu, tayangan slideshow telah dipertontonkan kepada hadirin...Semua hadirin terpegun dan sangat asyik menonton tayangan gambar dan kata-kata yang difokuskan untuk pengerusi puspanita tersebut kerana slide demi slide sungguh cantik lagi menarik yang diiringi dengan lagu Selamat Berjuang oleh nyanyian kumpulan Brothers...Aku terpaksa fokus untuk match setiap apa yang dikeluarkan mesti sesuai dan padan dengan panjang lagu...Beberapa kali aku cuba sebelum aku mempersembahkan slideshow kepada hadirin tersebut...Aku dapat banyak pujian atas slideshow tersebut...Slideshow ini telah dibuat oleh kak Mastura dan dibantu oleh aku...Pada hari majlis, kak Mastura terpaksa bercuti kerana menjaga anaknya. Jadi, dia terpaksa bercuti...Tapi dalam bercuti pun dalam pukul 11.30tghr dia datang dengan anak dia yang comel untuk tengok kelancaran majlis dan aku berkesempatan untuk tunjuk slideshow yang aku klik sesuai dengan lagu tersebut...

Selepas itu, hadirin dijamu dengan menu utama mee kari dan nasi himpit. Lain menu tambahan ialah kuih jala dengan kuah kari, bubur jagung dan buah-buahan...Sambil makan-makan aku mainkan lagu Doa Perpisahan-Brothers, Pelangi Petang-Sudirman, Selamat Berjuang-Brothers dan For The Rest of My Life-Maher Zain...Aku duduk dimeja makan yang disediakan dan makan bersama-sama AJK-Ajk Puspanita yang lain...Setelah majlis makan-makan, sesi bergambar untuk kenangan-kenangan turut diadakan...Ucapan terharu dan terima kasih daripada yang telah dan akan bersara kepada AJK-AJk Puspanita membuatkan kami turut terharu..

Majlis selesai pada pukul 4.30ptg...Banyak makanan lebih kerana ramai yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut...

Sekian...

Tuesday, August 10, 2010

Zikir-Penenang Hati



Pause dulu kat playlist shout mix this blog sebelum dengar zikir ni...

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah SWT hati akan menjadi tenang"

Monday, August 9, 2010

Fadilat Solat Terawih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....



Saidina Ali bin Abi Talib RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, kemudian baginda menjawab “orang-orang mukmin yang melakukan solat terawih pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam 1 - keluar dosa-dosa sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam 3 – berseru malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu'.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitulullah (70 000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa AS menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 - Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah SWT kurniakan pahala seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah SWT kurniakan ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku : Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."

http://maizatulakmar.blogspot.com

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh kemuliaan. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa". Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap saya sepanjang mengenali saya selama ini. Semoga sepanjang bulan yang penuh mulia ini kita mendapat keampunan, keberkatan, dan kemuliaan dari Tuhan Yang Maha Esa.
Saya akhiri dengan serangkap pantun,

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian…

Sunday, August 8, 2010

inteam- damba kasih

Dua hari di Kampung...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Agak lama da tak update my blog ni...takde masa nak menulis...2 minggu lepas busy bebenor...busy ngn tugas hakiki & aktiviti NGO...nak bernafas pun agak semput-semput dah...ni baru je berkesempatan nak menulis....

Minggu lepas, aku balik kampung...nak tengok baby Aira...anak adik aku....Owh, qiut sungguh baby tuh!...kecik jer...ye la...br je 4 hari masa hari Sabtu hari tu...Aku sampai awal pagi tu lam 4.30pg...Petang selepas balik kerja piza, housemate aku yang tolong ambilkan tiket untuk aku...Dia ambilnya tiket 10.00mlm...huk3...Kebiasaannya aku naik bas kul 10.30mlm atau kul 11.00mlm...Tapi tak kisah la...Asal dapat balik kampung sudah...Nasib baik piza tolong ambilkan petang tu sebabnya malam tu tiket ke Pantai Timur sudah abis...Hentian Putra malam tu sungguh sesak...Susah aku nak cari bas yg patut aku naiki...Bas bertolak dengan tepatnya pada pukul 10.00mlm tu...Aku sampai kul 4pg...Setibanya di Stesen Bas MPKT....Adik aku, Wafi yg tolong ambil aku kat stesen bas...Terima kasih Wafi kerana tolong jemput Kak Long ni...First time lagipun kan....selalunya ayah aku la yang tolong jemput aku bile aku sampai dari Kuala Lumpur.

Sampai rumah....aku rehat-rehat sekejap...menanti Subuh...Selepas itu, aku tidur....pukul 8pg baru bangun...huk3...Selepas aku siap-siapkan diri, aku pergi tengok baby Aira yang ditatang oleh Mak Long...Mak Long aku bersedia untuk memandikan baby Aira...Aku tengok dan sambil belajar...hihi...ye la kan....nanti nak ada anak sendiri pulak...Kesian kat baby Aira...awal pagi da terpaksa mandi...Kesian jugak kerana baby Aira terkena penyakit kuning...Jadi terpaksa pergi klinik untuk check-up...Pok Lan, bapa saudara aku sedia menanti untuk jadi driver...Aku mula-mulanya tak nak pergi ke klinik tuh, lagipun Ika da temankan mak...Namun, bile pah makan je....mood aku da berubah...Aku cepat-cepat capai tudung...So, berangkat la kami ke Klinik Hiliran, K.T.

Di Klinik Hiliran, sunyi jer suasananyer....Hanya Unit Kesihatan Ibu dan Anak shj di buka pada hari itu...Kebanyakan daripada mereka adalah nenek-nenek yang membawa cucu mereka yang baru lahir bersama anak/menantu...Kat cni ade ckit crite menarik, ade seorang mak cik ni bertanya kat mak...ni anak ker cucu? Tapi mak entah kenapa segan sangat nak jawab...siap tergelak-gelak lagi tu....akhirnya....mak aku akui...dia jwb la "cucu"....hihi...malu kat aku la tuh...mak cik yg sebelah mak pun jawab...."Owh, muda lg da jadi nenek"...ngeee...Aku tengok wajah mak aku merona merah...Aku senyum jah...Mak cik pun pandang kat aku...Mesti igt anak aku...huhu...Mak aku mcm faham je... Mak beritahu kat mak cik tu "Ni anak adik dia"...Ku cume senyum je...Aku pandang kat baby yang sebelah tempat aku labuhkan punggungku...Uiks, macam da brape bulan...Aku pun cuba bertegur sapa..."Mak Cik baby ni da berapa ari?" sambil aku memegang tangan baby....Mak cik yang sebelah aku tu jwb "6 hari". Mak aku pun hairan...da besar baby tuh...Balik kami pun bercerita la kat nurse-nurse...Mereka beritahu "Kalau baby besar, kebanyakan mak baby menghidapai penyakit kencing manis"...Ohh, begitu upernya! Baru kami faham.

Pada waktu tengahari, aku pergi kenduri rumah jiran...Ada majlis sambut menantu kat sana...Aku pergi dengan mak & mak long aku...Rumah jiran aku yang kenduri ni berhadapan dengan padang...Padang itu pernah suatu ketika menjadi tempat pertandingan wau bulan...Ketika pertandingan itu dilangsungkan banyak kategori yang dipertandingkan...pertandingan wau tercantik, pertandingan wau terbang tinggi dll....Pertandingan gasing turut jua diadakan...Tetapi sekarang, tempat itu sudah menjadi lalang dan kawasan padang menjadi sempit ekoran jalan dibina di tengah-tengah padang itu...Lagipun kekurangan belia-belia menjadi aktiviti seperti ini tidak serancak seperti dahulu...Ke manakah pergi-perginya belia-belia di kampung aku ni? Kebanyakan belia-belia dapat peluang pekerjaan kat ibu kota...Sudah rezeki tertulis di tempat orang nak buat camne kan? Tapi bagi aku rezeki ada di mana-mana jua...Bergantung pada kita usaha kita...Apapun, walau di mana jua kita pergi...yang pasti kampung halaman is the best...bak kata pepatah, "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" dan "Sejauh terbangnyer bangau, pasti di belakang kerbau jua hinggapnya"...betul ker? Aku agak da lupa peribahasa melayu tetapi bukan bererti aku sudah hilang jati melayu...aku masih gadis melayu tau walaupun tak join siaran 'Gadis Melayu'...

Pada waktu malam pula, kat Pasar Chabang 3 ada pasar malam...apalagi...aku pun rancanglah nak belanja ahli-ahli keluargaku dengan menu pasar malam...saje-saje nak belanja...bukan selalu berpeluang pun...Walaupun lauk mak & aku masak tengahari tadi masih banyak lagi berbaki...best-best pulak tuh...Lagipun, aku nak kuar beli tiket untuk balik ke Kuala Lumpur pada malamnya...Apa salahnya singgah kat sane...Dari Kuala Lumpur lagi memang aku teringin nak pergi pasar malam tu...Sebelum pergi ke pasar malam, aku bertanya-tanya kat ahli-ahli keluargaku tentang apa yang mereka nak pesan...Siap makan durian lagi...nenek suakan so apalagi...hihi...makanlah...sayang nenek...Selesai azan Isyak, ayah dan aku pun bertolak la ke destinasi yang dituju...beli mengikut pesanan...nenek & mak order mie sup tapi nak panas-panas...huhu...Sebab aku ada tujuan lain...so...aku KIV dulu order tu...Nasi goreng pataya Ika pun KIV dulu....aku cume beli ayam goreng, kepak panggang madu, putu bamboo sje kat pasar malam...Siap membeli, kami pergi la ke bandar...mencari tiket untuk aku pulang...Sempat pergi kedai gambar depan kaunter tiket di Stesen Bas MPKT...hihi...Jgn marah yer org2 kat rumah...Siap membeli kami pun pergi restoran depan pasar malam tadi untuk membeli mee sup...Tunggu kat sane punyalah lame last-last apabila siap bungkus air lada pulak yang takde...Huh, mesti mak aku suruh 'cancel'...So, aku pun 'cancel'...Aku & ayah aku pun mencari-cari la kedai yang jual mee sup...Akhirnya jumpe la kedai itu kat Durian Burung...Beli mee sup tiga bungkus, sekali dengan Ika...Balik daripada semuanya da nak dekat pukul 11mlm...huhu....Sabarnyer ayah aku melayan karenah aku...Untungkan mak aku kan? dapat suami yg sabar cenggini...hehe...Sampai kat rumah semua suram-suram je menanti...lapar semuanya ni... aduss, kesian betul la...Aku nasib baik nak Maghrib aku makan nasi bersama kuah gulai + ikan cencaru yg disorok dengan hirisan bawang-bawang di dalamnya...huhu...bestnya...Tengahari pergi kenduri, so xsempat la nak jamah nasi kat rumah masa tengahari...Siap aku hidang makananan yg dibeli kat pasar tadi, mereka pun makan la kecuali Ika...Ika menangis tak ingat punya sebab nasi goreng patayya yang dia pesan tiada...Kat kedai makan tadi, ayahku cakap wat sekaligus je beli mee sup...nasi goreng patayya leh je buat...wat nasi goreng pahtu salut telur...Aku ketika itu malas nak fikir...So, aku pun ikut ayah aku je...Asal cepat sudah...Sebab aku pun agak lapar da...Untuk Ika , esoknya aku janji nak belikan nasi goreng pattaya walaupun aku tau aku sibuk keesokkannya... Jadual aku sungguh padat...Tapi janji dulu untuk meredakan tangisannya...

Hari Ahad, terpaksa bangun awal...malas betul rasanya nak pergi kursus...Nak ker taknak terpaksa gak pergi...Lagipun sesiapa yang menghadiri kursus ni, dapat duit...Kursus diadakan kat Stadium Negeri, Kuala Terengganu...Kat sini aku sempat berjumpa dengan org kampung dan rakan-rakan sekolah dahulu...Mereka antaranya ialah Syed Ahmad, Rosmaini, Nik Haslinda, Maziah dan Che Abdillah....Aku turut mengurus kursus ini...Kursus ini berlangsung dengan jayanya...Pihak pengurusan sungguh berjaya mengurus dengan baiknya...Bayangkan sepenuh dewan dapat duit RM200.00 dengan cepat tanpa beratur lama-lama...Aku pulang dari kursus lam kul 2.00ptg...K.Ngah menjemputku sekali dengan adiknya...


Balik daripada kursus, aku makan, mandi dan solat. Tidur sekejap. Petang nanti nak keluar pergi ke Pulau Kambing....singgah beli ikan dan serunding...Serunding terpaksa beli kerana ramai yang kirim...Lagipun, jika ada waktu terluang pah terawih aku nak wat popiah kecil seperti tahun lepas. Pada pukul 6, sepupuku Li membawa aku, mak & mak long ke tujuan kami. Dalam nak beli ikan, terserempak pula dengan JKKK Kgku...sempatlah bercerita serba sedikit...Malam tu, aku bertolak ke Stesen Bas MBKT pada pukul 10.30mlm. Pok Lan tolong hantarkan bersama dengan ayahku. Mak aku tak ikut serta sebab sedang buat persiapan untuk menyambut kedatangan biras dan menantunya (keluarga suami adik aku). Pukul 10.30mlm, bertolak aku ke Kuala Lumpur dan sampai pada pukul 5.00pg...Aku pergi kerja seperti rutin kebiasaannya.

Sekian....

Thursday, August 5, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails