Monday, January 30, 2012

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini

Ya Allahu Ya Aziz,

Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah....

Sunday, January 29, 2012

Apa yang terjadi kerana kasih sayangNya

Hati ini milik siapa, cinta ini milik siapa..
Sesunguhnya hati ini milik Allah dan cinta sejati adalah cinta pada yang Satu,
Terima kasih ku ucapkan pada mu Ya Allah atas kasih sayang yang telah Engkau berikan, Setiap doa yang telah Engkau makbulkan, jika ingin di hitung setiap rahmat yang telah Engkau berikan pada ku, memang tidak terhitung oleh ku Ya Allah...
Alhamdulillah Syukur pada Mu,

Ya Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Hanya Engkaulah yang Maha Mengerti dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku...

Segalanya ku serah kepadaMu

Aku mencari kekuatan hati dengan mengadu pada Yang Satu, kerana Dia lebih mengenali ku, lebih dari yang lain nya, Dia yang mendengar setiap rintihan ku di waktu aku jatuh di tempat yang paling dalam, Dia bersama-sama dengan ku saat aku tidak mampu untuk berdiri. Ya Allah segala nya ku serah kepada Mu, aku berdoa yang terbaik pada pandangan Mu untuk diri ku, dan aku terima semua ketentuan Mu Ya Allah. Setiap hubungan yang terbina adalah kerana cinta ku kepada Mu Ya Allah, jika hubungan itu menjauhkan aku dari Mu, Kau jauhkan dia dari ku, tapi jika ia membuatku semakin dekat kepada Mu, satukanlah hati ini dengan satu ikatan yang Engkau redhai Ya Allah…

Senyumlah

Senyumlah, sesungguhnya Allah SWT memberi kesusahan adalah untuk membalasimu dengan kebahagiaan...... -[GS]

✿ ܓApa yang Allah SWT ambil dari anda adalah Allah SWT akan memberi
pada anda nanti

✿ ܓApa yang anda tangisi akan membuat anda tersenyum di suatu hari nanti

✿ ܓApa yang Allah SWT haramkan adalah untuk memberi kebaikan kepada
anda nanti

✿ ܓApa yang Allah SWT uji adalah tanda Cinta Allah SWT pada anda …

Jika Aku Pilihanmu

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/#ixzz1kq5Sqs97

Nikahilah wanita sederhana

Nikahilah wanita sederhana yang membuatmu membenci dirimu sendiri kerana meninggalkannya di rumah, bekerja keras untuk membahagiakannya, dan pulang dengan kerinduan untuk dimanjakannya dalam penerimaan yang ikhlas mengenai apa pun dirimu.

Ya, wanita yang sederhana.. :)

Saturday, January 28, 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku
Kuat Menghadapi Dugaan DariNya

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.
Menangis Mengenangkan Kelemahan diri.

Ketika Allah Memilihmu Untukku

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..
.
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..
.
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..
.
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
.
Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
.
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..
.
Dari Ummu Salamah, berkata, “Rasulullah SWT bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)
.


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/ketika-allah-memilihmu-untukku/#ixzz1kq9qmLWn

Ciri-Ciri Isteri Pilihan

Feb 2011: Ciri-Ciri Isteri Pilihan
HafizFirdaus.com - Saturday, 28 January 2012

Friday, January 27, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah SWT

‎*❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•
*❤*JoDoh itU raHsiA Allah Swt~❤~
*❤*Allah SWT nAk baGi kejUtan Dekat KitE.~❤~
*❤*sUpaya kitE leBih saBar meNanti~❤~
*❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•

Jodoh Pilihan atau Takdir?

Apabila memperkatakan soal jodoh atau pasangan timbullah persoalan:
apakah jodoh atau pasangan itu dipilih atau ia penentuan takdir semata-mata? Berbagai telahan diberikan ada yang mengatakan bahawa jodoh
itu, ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya dan ada pula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih di cari dan diselidiki ia bukannya penentuan takdir semata.
Sebenarnya, manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah memberikan ikhtiar itu kepada manusia. Menerima takdir semata-mata
bukanlah bererti menunggu tanpa ada usaha untuk mendapatkannya, untuk mendapatkan sesuatu ia mestilah diusahakan kemudian barulah menyerahkan segalanya untuk takdir menentukan sama ada baik atau buruk juga berjaya atau tidak. Begitu juga dengan jodoh, walaupun Allah S.W.T sudah menentukan siapakah bakal pasangan seseorang, namun usaha untuk mendapatkan yang terbaik tidak boleh diabaikan.
Dalam soal pasangan ini, Islam tidak membiarkan manusia bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh
dianggap remeh. Oleh yang demikian Islam memberikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai.
Setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang boleh membahagiakan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam satu
hadisnya yang masyhur bermaksud:
"Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan".
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan.
Penegasan terhadap keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat al-Quran yang ermaksud:
"Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya oleh kerana Allah telah memelihara mereka".
Perkara ini perlu ditekankan kerana isteri yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa taat kepada suaminya dan akan sentiasa memelihara kehormatan dirinya.
Namun begitu nilai-nilai atau ciri-ciri lain tidaklah ditolak dalam menentukan pilihan, kerana ia merupakan unsur pelengkap kepada kebahagiaan rumahtangga. Ciri-ciri seperti kecantikan merupakan pendorong kepada kemesraan dan juga kecintaan suami terhadap isteri.
Apabila suami memandang isterinya yang cantik maka timbullah perasaan kasih dan cinta yang mendalam dan ini akan menjaga pandangan suami dan seterusnya ia akan melengkapkan lagi tuntutan daripada perkahwinan itu sendiri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai perempuan yang disifatkan baik, Rasulullah menjawab:
"Perempuan yang mengembirakan suaminya apabila dipandang mematuhi suaminya apabila disuruh dan tidak membantah suaminya samada tentang diri atau harta". Dalam satu hadis yang lain Baginda bersabda bermaksud:
"Sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa parasnya dan ringan maharnya". Di samping itu Rasulullah s.a.w memperingatkan tentang keburukan mengutamakan pemilihan pasangan berdasarkan ciri-ciri kecantikan, harta dan kedudukan atau keturunan semata-mata. Antaranya hadis Baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengahwini seseorang perempuan semata-mata kerana kemuliaannya, Allah tidak memberinya apa-apa pertambahan kecuali kehinaan. "Sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kemiskinan. Sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukan keluarganya Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kehinaan.
"Tetapi barangsiapa yang mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain melainkan untuk mengawal dan menjaga pandangan atau penglihatannya dan menjaga kehormatannya atau dengan tujuan menghubungkan silaturrahim
Allah akan memberkati ke dua-dua lelaki dan perempuan". (Hadis riwayat Ibn Hibban)
Antara ciri-ciri lain yang diutamakan dalam pemilihan pasangan ialah berpotensi untuk melahirkan zuriat yang ramai kerana zuriat akan menjadi penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan lambang kasih sayang suami isteri.
Di samping itu ia menjadi aset yang paling besar kepada umat Islam sebagai penyambung kepimpinan dan penguasaan di dunia ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Kamu kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai kerana aku bangga dengan umatku yang ramai di hari Akhirat kelak".
Begitu juga pasangan yang dipilih itu hendaklah tidak terdiri dari kerabat yang dekat. Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung
silaturrahim, memperkembangkan masyarakat, mempereratkan hubungan sesama
manusia dan mengelakkan terjadinya sikap perkauman kerana itulah Islam
menggalakkan perkahwinan itu terjadi antara orang yang bukan di kalangan kaum kerabat.
Rasulullah sendiri bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berkahwin dengan sanak saudara kerana ia akan melahirkan anak yang berbadan kurus, lemah dan kurang mampu berfikir".
Begitupun ciri-ciri ini bukan sahaja digunakan untuk menentukan calon isteri, malah tidak sedikit hadis-hadis yang memperkatakan tentang calon suami. Antaranya sabda Rasulullah dalam nasihatnya kepada wali (penjaga bagi anak perempuan) yang bermaksud:
"Apabila seseorang yang kamu yakini tentang keagamaan dan akhlaknya datang melamar (anak kamu) maka kahwinkanlah dia. Jika kamu enggan fitnah dan keburukan akan terjadi di dunia ini. Lalu orang ramai bertanya: Ya Rasulullah, kalaupun dia seorang yang kafir dan tidak berada?
Jawab baginda, Apabila seseorang yang kamu yakini tentang keagamaan dan akhlaknya datang melamar maka kahwinkanlah dia (dan Rasulullah menyebutnya hingga tiga kali)". Hadis di atas jelas sekali mementingkan ciri atau aspek keagamaan dan akhlak dalam pemilihan.
Namun begitu sebagaimana lelaki diberikan hak untuk menentukan pasangan maka, wanita juga tidak dinafikan haknya dalam memilih, malah aspek-aspek seperti keturunan, rupa paras dan harta benda juga menjadi ciri asas kepada pertimbangan pemilihan selain keutamaan diberikan kepada ciri keagamaan dan akhlak.
Antara hadis Rasulullah dalam hal-hal seperti ini ialah penerimaan Rasulullah terhadap penolakan Barirah untuk terus bersama suaminya yang masih hamba sedangkan dia sendiri sudah dimerdekakan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hai Abbas, tidakkah kamu kagum dengan kecintaan Mugith terhadap Barirah dan kebencian Barirah terhadap Mugith? Alangkah baiknya jika Barirah menerima Mugith kembali." Kata Barirah:
"Ya Rasulullah, apakah kamu menyuruh saya berbuat demikian?" Jawab Baginda: "Saya hanya mahu membantu". Barirah menjawab: Kalau begitu saya tidak lagi memerlukannya".
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w mengakui bahawa aspek kedudukan dan keturunan menjadi pengukur kepada pemilihan pasangan kerana itulah Rasulullah menerima penolakan Barirah terhadap Mugith kerana dia sudah merdeka sedangkan Mugith masih hamba.
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w juga mengakui bahawa aspek atau ciri kecantikan atau rupa paras juga menjadi pengukur untuk menerima pasangan dengan sebab itu Rasulullah menerima pemutusan ikatan perkahwinan atas sebab keburukan rupa paras. Ibnu Abbas telah meriwayatkan dalam suatu hadis yang bermaksud:
"Cerai khulu' yang pertama sekali dalam Islam ialah kes saudara perempuan Abdullah bin Ubai. Dia telah datang kepada Rasulullah dan berkata: "Wahai Rasulullah! Saya tidak akan bersatu dengannya (suami yang dikahwininya) buat selama-lamanya.
"Sesungguhnya apabila saya menyelak sebahagian daripada khemah saya melihat dia dalam satu angkatan. Saya dapati dialah yang paling hitam, paling pendek dan paling hodoh mukanya dalam angkatan itu." Kata suaminya: "Wahai Rasulullah, saya telah memberikan kepadanya (Isteri) sebaik-baik harta, iaitu sebuah kebun kalau dia memulangkan kembali kebun itu kepadaku!"
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu: "Apa pandangan kamu?" Maka jawabnya: "Ya, malah kalau dia mahu, saya boleh tambah lagi." Maka Rasulullah lalu memisahkan antara keduanya.
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sebab kepada perpisahan itu ialah penolakan isteri terhadap rupa paras suaminya yang buruk. Antara aspek lain yang juga diambil kira dalam pemilihan suami ialah kesihatan tubuh badan.
Dalam hal ini para Fuqaha bersepakat memberikan hak kepada isteri untuk memohon fasakh jika didapati suami mempunyai penyakit yang boleh menghalang terlaksananya hubungan suami isteri.
Antara matlamat pensyariatan perkahwinan ialah untuk menyalurkan naluri kemanusiaan melalui jalan yang disyaratkan dan jika matlamat ini tidak dapat dipenuhi, peruntukan fiqh memberikan jalan keluar dengan mensyariatkan fasakh.
Begitu juga soal umur, ia juga diambil kira malah perkahwinan dengan lelaki atau perempuan yang lanjut usia dianggap makruh. Ini kerana sebahagian daripada matlamat perkahwinan itu iaitu untuk menyalurkan naluri kemanusiaan kemungkinan tidak akan dapat ditunaikan secara baik.
An Nasa'i meriwayatkan Abdullah bin Umar menceritakan bahawa ayahnya berkata: Abu Bakar dan Umar r.a telah meminang Fatimah. Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Dia masih kecil".
Kemudian anaknya dipinang oleh Ali. Baginda lalu mengahwinkan Fatimah dengan Ali. Dalam riwayat di atas penolakan Rasulullah terhadap Abu Bakar dan Umar bukanlah kerana sesuatu sebab yang tidak baik yang ada pada mereka tetapi hanya kerana umur mereka yang terlalu jauh dibandingkan dengan umur Fatimah.
Walau bagaimana pun, jika soal agama dan akhlak menjadi kayu ukur dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan calon suami, aspek tersebut tetap diutamakan dan nilai atau ciri-ciri lain diambil kira setelah asas agama dan akhlak dipenuhi.
Penutup Ideal atau realistiknya panduan yang diberikan oleh Islam dalam pemilihan pasangan bukanlah menjadi sebab kepada penolakan tuntutan perkahwinan. Islam tidak bertujuan untuk menyempitkan laluan ke arah perkahwinan, cuma jika syarat-syarat ini dipenuhi, Islam menjanjikan suatu suasana yang harmonis dan kebahagiaan yang didambakan oleh sebahagian besar pasangan yang berumahtangga.

Sumber : Jodoh Pilihan atau Takdir......

Saturday, January 14, 2012

Bidadari Dunia – Dia Adalah yang Menjaga Akhlaknya | MyIbrah

Bidadari Dunia – Dia Adalah yang Menjaga Akhlaknya | MyIbrah

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim

Dambaan Kebahagiaan

♥•..yg kte cari..kebahagiaan itu bukan hny dihujung jalan..tapi di sepanjang jalan kehidupan..dunia dan akhirat... ♥•

lelaki soleh mampu mbimbing wanita yg dicintainya menuju Nur-Jannah Ilahi..
dia mjadikan Al-Quraan dan As-Sunnah sebagai pegangan hidupnya..
dia memuliakan..berlemah lembut terhadap wanita dan anak-anaknya..
begitu tegas dlm aqidah,bijak dlm sikap..seorg suami penuntun keluarga dunia dan akhirat..tanggungjawab itu bukan mudah tetapi niat ikhlas dlm mcari kredahaan ALLAH swt mjd setiap pengorbanan itu trasa amat indah...subhanallah..

Sunday, January 8, 2012

MUSLIM 24 JAM™: DOA RABITHAH

MUSLIM 24 JAM™: DOA RABITHAH: Maksudnya : Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersat...

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru & Selamat Hari Lahir

Assalamulaikum WBT....

Selamat Tahun Baru 2012...

sambut dengan baca yassin di surau Menara Olympia anjuran BALKIS...tme kasih BALKIS dengan sarapan pagi nasi lemak..;)

Ambang 2012...di Terengganu hujan...

Awal Tahun 2012...p SMKSA...sek lama...Teman my sis, IKA...

&

Selamat Hari Lahir kepada sahabat2 yang baru menyambut ulangtahun kelahiran...

02-01-2012....ulangtahun kelahiran ke 29...Doaku semoga Allah turunkan suatu kebaikan untukku dan mencukupkan segala keperluanku dan ahli keluargaku...Diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diampuni dosa2ku dan mendapat zaujan yg soleh yg boleh menjadi sahabat untukku di dunia dan akhirat...Ameen :)

Tme kasih kepada ahli keluarga besar yang bertungkus lumus menyediakan makanan sempena sambutan hari ulangtahun kelahiranku...Menu special : mee kari, caramel cake..cake besday xlupe :)

Ulangtahun kali ni xsegar...demam...semoga menjadi penghapus dosa2ku...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails