Friday, July 1, 2011

Saturday, June 4, 2011

WANITA IMPIAN.....

Yang dikatakan wanita sejati adalah.....
Yang melindungi diri dan hati dengan amal
Yang menaburkan sopan ke setiap penjuru
Yang melembutkan suara merdunya
Yang cekal dan tabah hatinya Yang tidak patah semangat wajanya Yang menebarkan cinta ke sejagat maya
Yang melimpahkan hati dengan keinsafan
Yang mengosongkan hati dengan dendam
Yang menyemarakkan kasturi di kelopak iman
Wanita dipandang dari peribadinya
Direnung dari akhlaknya
Dilihat dari kesetiaannya
Ditinjau dari ketaatannya Allah
Dibesarkan melalui solatnya
Puasa menjadi amalannya
Al-Quran menjadi hiburannya
Jihad menjadi gelanggangnya
Wanita yang bakal disyurga ialah wanita yang mengubah dunia dengan iman dan akhlaknya..
Ya Allah....
Cantikkanlah akhlakku sebagaimana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W.dan siti fatimah
Tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik dan
serikan wajahku bagai cahayanya bulan purnama di malam hari dan berserinya wajah orang- orang yang beriman.

Insyaallah....
August 25, 2010 · LikeUnlike ·

MENGINSAFI DIRI......

Ya Allah...

Telah lama sudah hamba berlalu dari jalan-Mu
Terlalu lama hamba jauh dari ruang-Mu

Begitu angkuhnya hamba tidak perduli ke-Maha Besar-an Mu
Begitu angkuhnya hamba tidak mementingkan perintah-Mu

sementara.. Astaghfirullah....
Aku masih memerlukan dan menikmati kurniaan-Mu
Aku masih memerlukan Redha-Mu
dan aku takut akan Azab-Mu

Sungguh.. aku masih ingin mencintai-Mu
Aku merindukan belai kasih-Mu
Aku merindukan saat-saat terindah menyebut asma-Mu

Kini hamba datang kembali ke sajadah-Mu
mencium harumnya zikir-Mu
merasakan kedamaian di rumah-Mu
Meresapi indahnya Iman terhadap-Mu

Hamba akan berusaha datang dan datang lagi
Walau susah nya mengubati hati
Walau payahnya melangkahkan kaki
Walau godaan duniawi tiada bertepi

Ya Allah...
Hamba bukanlah Muslim yang sempurna
Hamba semata Muslim yang penuh dosa
serta tiada ibadahku yg patut dibangga


tapi..
Hamba ingin jatuh hati kepada-Mu
Hamba ingin tiada jauh dari cinta-Mu
Hamba ingin selalu dekat keribaan-Mu

Ya Allah terimalah kehadiranku kembali .......

Aku Yang Lemah.....

Ya Allah, semoga Kau menganugerahi kekuatan yang lebih, buat ku hari ini, esok hari dan hari-hari seterusnya. saat ini, tak ada yang aku perlu, selain dari Rahmat Mu, sebagai pelindung untuk aku menghadapi derasnya dan kejamnya dunia ini. dan semoga barakah MU, bisa melembutkan semula hati ku yang makin keras, mencairkan semula air mata yang makin kering, dan menyucikan lagi hati yang makin hitam..

Ya Allah, tetapkan hati ku, buangkan keraguan yang bersarang, kurniakan aku keyakinan untuk aku menepis ajakan dan rayuan2 manis dunia dan se-isinya, pelihara aku dari pujukan yang melalaikan..

Ya Allah, ampunkan aku kerana sekali lagi, aku terleka dengan asyiknya kurniaan nikmat mu yg sementara, lantas aku lupa akan arah tuju ku.. anugerahi aku dgn kecerahan mata hati, biar langkah ku tidak lagi bengkok.. agar aku tidak lagi tercicir dari destinasiku.. permudahkanlah urusan ku dalam mencari kebahagiaan yang ku idamkan...

Ya Allah, cabut dan lempar jauh kesedihan yang ku rasa saat ini, kerana tanpa Rahmat Mu, aku tidak berdaya untuk mengharungi hatta satu malam. Ya ALlah, bantu aku menambah iman dan taqwa pada Mu, tiadalah upaya jika aku dibiarkan sendirian untuk mengharungi malam-malam selepas ini..

Ya Allah, aku percaya akan perancangan Mu untuk ku, maka dengan itu, aku minta petunjuk dan hidayah Mu, agar aku diberikan ketenangan jiwa dan bebas dari belenggu ini.. tetapkan hati ku sujud pada Mu, dan hindarkan aku dari kesakitan yang melalaikan aku dari sisi Mu.

Ya Allah, saat mata ku pejam, hindarkan ingatan ku darinya, aku yang lemah tak punya kekuatan untuk mengharungi detik ini sendirian.. hilangkanlah kerinduan ini.. tepiskanlah kerisauan di hati .. jadikan aku hambamu yang tahu bersyukur pada apa yang telah dikurniakan..kaki ini telah jauh melangkah

Ya Allah .. jiwa ini kembali mencari mu ya allah .. berkatilah segala usaha ku.. hanya kepada mu, ku letakkan harapan setelah apa yang terjadi.. padamu ku mohon kehebatan kuasa Mu, sekiranya ini bukanlah yang terbaik untuk ku dan untuk nya, pisahkan aku dari ingatan-ingatan ini, agar khusyuk hatiku mengingat pada Mu ya Allah.... amiin ya rabb....

dariku, hamba yang telah jauh melangkah..

Wednesday, May 4, 2011

Warkah buat Hawa

HAWA,

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau sudah menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah....

HAWA,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Allah, wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik,Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yang bukan mahrammu kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan ,takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.......

HAWA,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa ,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya mengingcang iman lelaki.Tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya...Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan menggodanya....Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....

Oleh itu HAWA,

Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlahmu,kuatkan pendirianmu..Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu. cukuplah cinta Allah meemenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapa mu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

HAWA.....

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah..CIntailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah..CIntailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..Jangan sesekali tangan yang mengoncang dunia juga ,yang menggoncang iman lelaki.....

Hawa ambillah warkah ini dan simpanlah di dada.....smga dia mampu mnjadi peringatan kpd kita tatkala kita lupa...Wallahua'lam....

manisnya iman

Sabda Rasulullah saw:

Ertinya : “Tiga perkara yang membuat seseorang akan mendapatkan manisnya iman ialah : ALLAH dan RasulNya lebih dicintainya dari selain keduanya, dia mencintai saudaranya tidaklah dia mencintainya kecuali kerana Allah, dan dia benci kembali pada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan dalam api.”
(HR BUKHARI dan MUSLIM)

Tuesday, May 3, 2011

Jangan bangga

1. Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA "
2. ''Jangan bangga dgn rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR
3. ''Jangan bangga dgn title/gelaran, kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM"
4. "Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome, kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK "
5. "Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH"
6. "Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yg terakhir adalah TANAH"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails