Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasih...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya pada hari ini Rabu, 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431M umat islam di seluruh negara dapat menyambut Hari Raya Aidiladha...Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi role model buat kaum muslimin dan muslimat sejagat....

Alhamdulillah hari ini dapat aku melaksanakan mandi sunat hari raya dan menunaikan solat sunat Aidiladha...Ibadah solat sunat Aidiladha aku laksanakan di surau yang berdekatan dengan umahku...Sungguh syahdu terasa...Mengalir airmataku..."Ya Allah, terimalah segala amalanku...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya utkMu...Berikanlah aku keikhlasan...Smg segala pengorbananku dikira sebagai jihad di jalanMu...jadikan aku antara hambaMu yg bertaqwa...Amin Ya Rabbulalamin"

Buat kaum muslimin dan muslimat sekalian,

Terimalah ucapan ikhlas daripadaku..."Salam AidilAdha...Semoga setiap pengorbanan kita mendapat keberkatan daripadaNya...Sesungguhnya tiada perjuangan tanpa pengorbanan...Hayatilah sirah Nabi Ibrahim r.a dan anaknya Nabi Ismail r.a...terimalah salam kemaafan dariku yg tidak sunyi melakukan kekhilafan.."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sekian...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails