Saturday, September 10, 2011

Kesan Cinta Terhadap Fisiolgi Badan Manusia

Assalamualaikum WBT....

Semoga anda berada dalam rahmatNya ketika ini...Syukron kerana Allah bagi ilham kepada saya...Sudah lame saya tinggal bab biologi ni...Sebenarnya ketika post ini diedit, saya teringat kat seseorang...Beliau pun berada di dalam bidang perubatan ketika ini...Hehe..Selamat Membaca...Harap memberi kesan kepada anda :)


Kesannya banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal.

Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya.

Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena.

Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yg tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yg tidur tak lena). Hehe...

Akhir kata, semoga cinta yang hadir memberi kesan yang berfaedah untuk kita. Arahkan cinta pada sang Pencipta Cinta pastinya cinta yang hadir memberi seribu makna. Selamat cinta mencintai sesama insan...Wassalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails