Thursday, July 29, 2010

Majlis Hi-Tea Bersama Puspanita MOA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Semalam, 29 Julai 2010 selamat berlangsung majlis Hi-Tea bersama Puspanita MOA...Kami bertolak pada pukul 1.00 petang dari pejabat...Kami konvoi ke hotel...Solat Zuhur di sana...Majlis Jalinan Kasih ini berlangsung pada pukul 2.30 petang di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur...Majlis ini telah dihadiri oleh pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani...Dalam aturcara majlis ini, setiap jabatan dikehendaki membuat persembahan...

Setiap yang menghadiri majlis ini dikehendaki membuat pendaftaran dahulu sebelum masuk ke 'ballroom'...Isi nama kerana terdapat cabutan bertuah dalam majlis ini...Sebaik masuk aku mengambil tempat untuk duduk di meja bersama rakan-rakan di Lembaga Pertubuhan Peladang... Permulaan masuk majlis ini telah berlangsung dengan menarik kerana diiringi oleh tarian apabila para Datin-Datin tiba...Tarian melalui lagu 'Ia datang, dengan lenggang lenggoknya' telah berjaya membuat hadirin merasa kehangatan majlis ini kerana tarian ini ditari oleh penari profesional...Selepas itu, sedikit ucapan daripada pengerusi dan penyampaian sijil dilakukan untuk para AJK Puspanita dari tahun 2008-2010...Persembahan pertama telah dipersembahkan oleh Jabatan Pertanian dengan lagu dikir barat 'Anak Tupai'...Hadirin juga dibenarkan untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pihak hotel...Antara makan yang disediakan ialah roti jala dengan kari ayam, ayam goreng, bebola, roti, rojak sayur dengan kuah kacang, mee soto, 'dessert' dan 'koktail'....Persembahan oleh Tekun mendapat perhatian kerana Datin dari Tekun menyanyikan sendiri lagu 'Sway oleh Marchel Buble' diikuti tarian yg mengasyikkan bersama-sama beberapa penari...Pakaian pun sangat menarik amat sesuai dengan lagu...Suara Datin yg merdu membuatkan para hadirin menginginkan lagi...So, Datin pun menyanyikan sebuah lagu yg ditujukan khas buat semua para hadirin...Tarian 'Chicky Dance' pun sangat menarik...Segenap dewan gamat juga kerana para hadirin dibenarkan untuk mengikuti tarian tersebut...Persembahan oleh Jabatan Veterinar sangat unik....lain daripada yang lain...seolah-olah kita berada di Kundasang, iaitu sebuah daerah Ranau di Sabah...Pakaiannya sangat pun unik...seperti pokok di hutan yg tumbuh subur meliar....Jika ada pertandingan, persembahan yg paling menarik mesti dimenangi oleh Jabatan Veterinar itu....Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mempersembahkan tarian Pop Yeh Yeh melalui lagu Mas Mona nyanyian Jeffry Din....Jabatan FAMA pula lagu Duet lagu 'Nazam Berkasih'....Pendek kata, setiap jabatan telah berjaya membuat persembahan yang menarik...

Sebelum pulang, kami berjaya pulang sedikit buah rambutan yang banyak disediakan....Pasti Jabatan FAMA yang menyediakan buah-buahan ini...Duduk Di Jabatan FAMA pasti tidak habis makan buah-buahan...Terima kasih kerana Jabatan FAMA yang selalu 'sponsor' buah-buahan tersebut....Majlis tamat pada pukul 5.00 petang.
Sekian...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails