Monday, August 23, 2010

Kejadian Letupan Mercun di Kampungku

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih....

Pada hari Ahad 22/08/2010, jam 12.00 tengahari berlaku suatu peristiwa yang mengegarkan kampung halamanku iaitu Kg Seberang Baruh, Chabang 3 dan seluruh alam sejagat...Suatu peristiwa yang sungguh tragis, dahsyat dan sangat menyayat hati ini melibatkan seorang kanak-kanak (Khairul Ariff Ayub, 6 tahun) telah meninggal dunia atas kejadian letupan mercun dan mayatnya tercampak ke atas pokok dengan otak yang jatuh terburai...Ya Allah, gerunnyer mendengarnya apatah lagi orang yang melihat... Yang meninggal ini lagi la...Aduh!!! Innalillahi-wa-innaillahi-raji-un....Awal tahun lepas sempat melihat arwah semasa piliharaya semasa menaiki kereta ayahnya yang turut sama-sama bertugas dalam pilihanraya itu...Terasa baru lagi bersua..Walaubagaimanapun, semoga rohnya tenang di sisiNya...Dua lagi cedera parah telah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kejadian ini berlaku di kawasan agak tidak jauh dari kediamanku di kampung...Letupan yang berlaku mengegarkan bumi menyebabkan kediamanku dan kawasan sekitarnya terasa gegarannya...Letupan ini telah meranapkan sebahagian rumah usang yang dijadikan stor simpanan bahan-bahan bunga api dan mercun , sebuah motor rosak akibat tempias bahan letupan tersebut, tingkap beberapa rumah berdekatan pecah dan beberapa ikan darat turut terpelanting atas jalan akibat ledakan bahan letupan itu.

Ketika kejadian ini berlaku aku berada di Kuala Lumpur. Kebetulan pula aku kurang sihat dan telefonku rosak...Aku dapat tahu peristiwa daripada seorang rakan sepejabat dan daripada teman-teman 'facebook'...Berdebar dada dan jantungku bila mendapat tahu peristiwa ini...Hatiku sungguh bimbang kerana takut ada di antara ahli keluargaku yang terlibat sama...Buat kerja pun sudah tidak tenang...Rakan sepejabat tolong ketuk-ketuk telefon bimbitku dan Alhamdulillah masih berfungsi lagi...Setelah cas beberapa minit aku terus bertanyakan khabar famili di kampung...

Melalui percakapan telefon daripada emak dan adikku, mereka ini ingin membuat mercun sendiri untuk digunakan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri...Wa-Allah-hualam...Sesungguhnya sudah termaktub kejadian ini berlaku dan bila diseruNya dengan kalimah "Kun Fa Ya Kun" maka terjadi sebuah kejadian yang menjadi ingatan dan iktibar buat semua terutamanya untuk ahli keluargaku.

Segalanya mempunyai hikmah tersembunyi...Kepada keluarga arwah salam takziah dan semoga tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba ini...Semoga kita dan ahli keluarga kita lebih berhati-hati terhadap kehidupan kita seharian...

Tidaklah seseorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapus dosa-dosanya."
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput darimu, dan tidak pula terlalu gembira dengan nikmat yang diberikanNya kepadamu" (Al-Hadid : 23)

Sekian...

Maklumat lebih lanjut, klik link dibawah:

myMetro | Lihat mayat atas pokok

myMetro | Dentuman hingga 4km

myMetro | Bapa ditahan

1 comment:

  1. Bawa-bawalah beringat kerana setiap perkara yang dilarang dan diharamkan itu pasti boleh mendatangkan musibah besar kpd umat manusia... Tinggal lg perkara2 begini tidak diambil endah kerana kerakusan dan ketamakan dlm mengejar haloba dan laba dunia..
    Minta Allah jauhkan daripada musibah begitu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails