Friday, August 13, 2010

Majlis Persaraan Pengerusi & Ahli-Ahli Puspanita



Pada hari Jumaat 6 Ogos 2010 lalu, Majlis Persaraan Pengerusi Puspanita dan ahli-ahli puspanita yang telah dan akan bersara telah berlangsung dengan jayanya...Hadirin mengambil tempat bermula pada pukul 2.30ptg...Kak Yati, Kak Masrubia dan Kak Zuraidah telah menyambut kehadirann para hadirin. Ketibaan Datin dan Datuk telah tiba pada 3.15ptg diiringi dengan lagu Puspanita...

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Yang Dimuliakan Pengerusi Majlis. Ucapan yang begitu manisnya ini telah diucapkan oleh kak Aidawati...Bacaan doa pembuka majlis telah dimulakan oleh Haji Rosli b. Manen...Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Timbalan Ketua Pengarah(Operasi), Pn Azezah bt. Puteh...Ucapan yang ditunggu iaitu ucapan daripada Yang Berbahagia Datin Hjh Fatimah binti Othman pun bermula...

Setelah itu, tayangan slideshow telah dipertontonkan kepada hadirin...Semua hadirin terpegun dan sangat asyik menonton tayangan gambar dan kata-kata yang difokuskan untuk pengerusi puspanita tersebut kerana slide demi slide sungguh cantik lagi menarik yang diiringi dengan lagu Selamat Berjuang oleh nyanyian kumpulan Brothers...Aku terpaksa fokus untuk match setiap apa yang dikeluarkan mesti sesuai dan padan dengan panjang lagu...Beberapa kali aku cuba sebelum aku mempersembahkan slideshow kepada hadirin tersebut...Aku dapat banyak pujian atas slideshow tersebut...Slideshow ini telah dibuat oleh kak Mastura dan dibantu oleh aku...Pada hari majlis, kak Mastura terpaksa bercuti kerana menjaga anaknya. Jadi, dia terpaksa bercuti...Tapi dalam bercuti pun dalam pukul 11.30tghr dia datang dengan anak dia yang comel untuk tengok kelancaran majlis dan aku berkesempatan untuk tunjuk slideshow yang aku klik sesuai dengan lagu tersebut...

Selepas itu, hadirin dijamu dengan menu utama mee kari dan nasi himpit. Lain menu tambahan ialah kuih jala dengan kuah kari, bubur jagung dan buah-buahan...Sambil makan-makan aku mainkan lagu Doa Perpisahan-Brothers, Pelangi Petang-Sudirman, Selamat Berjuang-Brothers dan For The Rest of My Life-Maher Zain...Aku duduk dimeja makan yang disediakan dan makan bersama-sama AJK-Ajk Puspanita yang lain...Setelah majlis makan-makan, sesi bergambar untuk kenangan-kenangan turut diadakan...Ucapan terharu dan terima kasih daripada yang telah dan akan bersara kepada AJK-AJk Puspanita membuatkan kami turut terharu..

Majlis selesai pada pukul 4.30ptg...Banyak makanan lebih kerana ramai yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut...

Sekian...

2 comments:

  1. PERGI YG LAMA DTG YG BARU ..
    WOW BYK MKNAN EXTRA..NAPE TAK AJAK HEHEH

    ReplyDelete
  2. Yang baru? huhu...xde baru pun...yg lama gak...hehe...cume naik pangkat jah...
    Timbalan Pengerusi II jadi Pengerusi...
    Alaaa aleeya...awl2 inform...kalo xmai da tapau tau khas utk aleeya...hihi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails