Sunday, August 29, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar TRG



Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan, aku telah menghadiri majlis berbuka puasa dengan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Saad...Majlis telah diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC...Majlis ini sungguh gemilang....Seluruh dewan memakai pakaian yang indah-indah...Juadah berbuka ala buffet telah disediakan kepada para tetamu...Antaranya ialah keropok lekor terengganu, nasi berlaukkan rendang daging, ikan masak asam, udang goreng kari dan ulam-ulaman....

Aku duduk di meja bernombor 121...Antara yang semeja denganku ialah dua org adik yang dari UPM iaitu Wanie dan Farhanah, Abg Surim dan kawannya. Dalam makan-makan...sempat gak snap photo...hihi...

Selepas makan-makan dan solat maghrib aku pun makan aiskrim...nyum2...best betul aiskrim ni sebab ade kacang...rangup dan sejuk...huhu....

Setelah, siap makan aiskrim aku ajak adik-adik bergambar kat stage kat depan tuh...Dalam tgh syok nk snap pic tetiba sorg akak yg cantik datang bertanya, "Siapa yg berumur 21 thn ke atas yg dapat duit RM200?". Saya mengiyakan dan akak tu pun ajak sy kat suatu place dan suruh seorang kameraman ON kan his camera...duiii...kene interview & masuk tv la aku...da la aku just pakai bedak dan tudung yang aku pakai selepas sembahyang tak tengok cermin pun...camne la keadaan rupa aku yer?...huhu...So far...alhamdulillah la aku dapat jawab cepat,tepat dan padat pertanyaan akak tu...Bunyi cite2 drpd kawan2 aku gambo itu telah masuk tv pada buletin 1.30 keesokan harinya..Selepas itu, sesi fotografi dengan adik-adik ini diteruskan lagi...

Selesai majlis, kami pun pergi The Mall...aku bawa adik-adik ni jalan2 kat Parkson, The Cold Storage, The Voir...Siap kami dapat diurut oleh mesin pengurut lagi...urm...bestnyer...

Jam menunjukkan 10 malam lebih, aku pun pulang...adik-adik dari UPM menanti bas yg disediakan khas untuk mereka untuk menghadiri majlis ini.

Sampai umah, terus aku tgk ole-ole yang dapat kat majlis berbuka. Aku dapat 2 mug...cantik...ade gambor YAB Menteri Besar dan ada tulis tema majlis berbuka, buletin Kerajaan Negeri Terengganu, buku kemajuan Negeri Terengganu dan kad jemputan utk menghadiri majlis hari raya...Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu.

Sekian....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails