Wednesday, August 18, 2010

Majlis Persaraan Ketua Pengarah LKIM

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pada 11 Ogos lalu, telah berlangsung sebuah majlis terakhir untuk Ketua Pengarah LKIM...Majlis berlangsung pada pukul 11.00 tengahari di Auditorium 12A, Menara Olympia... Ramai kakitangan LKIM yang hadir...Penuh satu dewan...Pengerusi majlis ialah YDP Kesatuan Sekerja LKIM...Ketibaan ketua pengarah ini diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan), Haji Mohd Kazin Bin Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi, Pn Hjh Azezah Bin Puteh...Bacaan doa sebagai pembuka majlis telah dibacakan oleh Hj Rosli bin Manan...

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan). Setelah itu, Ketua Pengarah LKIM menyampaikan amanah terakhir sekaligus mengumumkan Ketua Pengarah LKIM yag baru...Seperti yang dijangka Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan)telah menjadi penggantinya...Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas oleh ketua pengarah lama kepada ketua pengarah yang baru... Sebuah buku merah yang tebal telah diserahkan...Berkemungkinan mempunyai senarai tanggungjawab sebagai ketua pengarah...

Setelah itu, tetamu kehormat, pengarah, ketua seksyen dan hadirin dan hadirat dijemput makan....Makanan tengahari yang disediakan sungguh menyelerakan... Ikan cencaru bakar, daging masak lemak cili padi bersama ulam-ulaman sungguh membuka seleraku...En Johar Bin Waman berkaraoke menghiburkan hadirin dan sebelum itu Timbalan Ketua Pengarah Operasi telah menyampaikan sebuah lagu yang ditujukan khas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) atas perlantikan menjadi Ketua Pengarah LKIM yang baru dan untuk semua hadirin dan hadirat jua...

Majlis selesai pada pukul 2.00petang....Selamat Bersara kepada Dato' Mustapa Bin Haji Ahmad.

Sekian....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails